INI LAH DIRI KU...

Perjalanan Hidup Seharian. Tiada Yang Istimewa.

Saturday, July 21, 2012

RAMADHAN AL MUBARAK 2012

KEMBALI SELEPAS SEKIAN LAMA MENYEPI

Nape la malas sangat nak update blog ni. Agaknye sebab aku sibuk sangat beberapa bulan ni. Memang dah lama menyepi tak update blog ni.


Hari ni 1st day (21/7/2012 - Sabtu) umat Islam menjalankan Rukun Islam yang ke 3 iaitu Berpuasa.. Ramai yang pulang ke kampung untuk berpuasa bersama keluarga. Nasib baik aku tak payah nak balik kampung, kalo tak aku pun sama terperangkap dalam jem. Pada mereka yang memandu tu, hati-hati dan sabar semasa memandu. Lately ni aku sibuk sangat dengan aktiviti-aktiviti harian. Banyak benda yang berlaku yang memerlukan mental dan fizikal yg jitu..cewahh...Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku :


  • Konvo pada Istiadat Konvokesyen UITM ke 75
  • Dapat offer sambung Master kat UM
  • Aku dah semakin slim..woohooo 
Aku akan cerita balik benda-benda yang dah berlaku tu dalam entry yang akan datang beserta gambar-gambar sekali. Seronok rasa nye especially point 3 tu. Aku penah putus asa nak kuruskan badan. Dah macam-macam cara aku buat nak kurus akhirnya aku jumpa jugak 'sesuatu' yang bole buat aku kurus. Sekarang aku berjaya turunkan berat sebanyak 15kg dalam masa 2 bulan. Ok nanti aku share apa 'sesuatu' tu and mcm mana aku berjaya turun sebanyak tu. Ada lagi 10kg untuk dapatkan berat yang aku inginkan..so stay tuned!.

SELAMAT MELAKUKAN IBADAH PUASA SEMUA!!

No comments: