INI LAH DIRI KU...

Perjalanan Hidup Seharian. Tiada Yang Istimewa.

Monday, July 23, 2012

Istiadat Konvokesyen ke 75 UITM

Perjalanan Pembelajaran Ku

Actually dah lama aku convo..Oct 2011 and that was last year. Aku memang rasa teruja sangat sebab dapat merasa mengenggam segulung ijazah. Perasaaan masa waktu konvo tu susah aku nak cakap. Memang aku dah target aku akan tetap menggenggam ijazah tu biar apa pun yang menghalang. Alhamdulillah cita-cita aku tercapai.

Tambah lagi happy masa tu bila Mak & Shuk pun sama masuk dalam dewan tu. Kakak aku n family kene duduk kat luar sebab jemputan terhad kepada 2 org sahaja. Kesian kat diorang tapi tetap support aku.

Memang penat untuk aku habiskan degree ni. Memang banyak rintangan yang aku lalui..tapi berkat kesabaran dan doa yang tak putus-putus serta doa dari keluarga dan kawan-kawan akhirnya berjaya jugak aku.

Aku tak la pandai mane..tapi tetap berbangga dapat 2nd Class Upper (CGPA 3.25) walaupun aku main-main and skip 2 sem. Bila aku study, aku study betul-betul.

Tu dia... kembang nye aku... tapi skrg dah tak kembang mcm ni..
nanti aku cite...tungguuu...

Bila pas Konvo ni, aku rasa mcm nak rest la...rasa mcm tak nak bukak buku lagi... rasa mcm otak dah clear and tak payah lagi nak fikir pasal study, assignments sume...

Apakan daya.....

Tangan aku gatal nak isi UM postgraduate application form. Aku memang nak sambung Master kat UiTM tapi terlampau byk sangat process yg kene buat. Even ex-student tapi still kene buat short essay.. Duh!! aku ni ex-student, tengok la record sume... nape nak go through all the hassle just to get into the same Uni. Tak kisah la... fikir-fikir nak mintak UPM or UKM tapi mcm kene travel jauh pulak.

So aku pun fill up UM pun postgraduate application form. Then aku pun tak ingat aku ada apply.. tiba-tiba dapat email notification yang aku berjaya dapat continue buat Master kat UM.



Biasa la...details tu kene ler delete kan...hehe

Class aku setiap hari sabtu..so untuk 2 1/2 tahun ni aku kene la sacrifice Saturday aku. Walaupun member2 sume ada je activiti, aku tetap kene pegi class jugak. tak pe la..berkorban sikit...

Aku baru jer abis 1st Sem.. Alhamdulillah..lulus jugak aku. Dapat B & A-... cukup untuk aku melangkah ke 2nd sem pulak. Kalo nak cite pasal tekanan, masa assignment yang paling aku tertekan. Group assignment tapi aku buat sorang2...diorang tau present jer and buat mcm diorang punye assignment. Tapi tak pe, tuhan maha adil..perangai mcm tu buat Master tak kan lepas la.. diorang kene jugak repeat paper lain. Nasib baik yang aku buat semua group assignments tu diorang lepas. So satu pengajaran untuk diorang untuk sem-sem yang akan datang.

Cukup untuk cite pasal study ni.. pasni aku cite macam mana aku dapat kurangkan berat badan aku yang melampau-lampau naik sebab asyik makan tu. Setakat hari ni aku berjaya kurangkan 15kg dalam masa 3 bulan... yer... 15kg.. so aku ada lagi 9kg. target aku untuk kurangkan 9kg ni dalam bulan puasa ni so masa raya nanti aku bole la pakai balik baju dulu2..

BERUSAHA DAN YAKIN BERJAYA!!!!

Saturday, July 21, 2012

RAMADHAN AL MUBARAK 2012

KEMBALI SELEPAS SEKIAN LAMA MENYEPI

Nape la malas sangat nak update blog ni. Agaknye sebab aku sibuk sangat beberapa bulan ni. Memang dah lama menyepi tak update blog ni.


Hari ni 1st day (21/7/2012 - Sabtu) umat Islam menjalankan Rukun Islam yang ke 3 iaitu Berpuasa.. Ramai yang pulang ke kampung untuk berpuasa bersama keluarga. Nasib baik aku tak payah nak balik kampung, kalo tak aku pun sama terperangkap dalam jem. Pada mereka yang memandu tu, hati-hati dan sabar semasa memandu. Lately ni aku sibuk sangat dengan aktiviti-aktiviti harian. Banyak benda yang berlaku yang memerlukan mental dan fizikal yg jitu..cewahh...Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku :


  • Konvo pada Istiadat Konvokesyen UITM ke 75
  • Dapat offer sambung Master kat UM
  • Aku dah semakin slim..woohooo 
Aku akan cerita balik benda-benda yang dah berlaku tu dalam entry yang akan datang beserta gambar-gambar sekali. Seronok rasa nye especially point 3 tu. Aku penah putus asa nak kuruskan badan. Dah macam-macam cara aku buat nak kurus akhirnya aku jumpa jugak 'sesuatu' yang bole buat aku kurus. Sekarang aku berjaya turunkan berat sebanyak 15kg dalam masa 2 bulan. Ok nanti aku share apa 'sesuatu' tu and mcm mana aku berjaya turun sebanyak tu. Ada lagi 10kg untuk dapatkan berat yang aku inginkan..so stay tuned!.

SELAMAT MELAKUKAN IBADAH PUASA SEMUA!!

Saturday, January 7, 2012

Bercuti Di Tiara Beach Resort




Tak pe, layan dulu gambar2 kat bawah ni..nanti aku cita lagi pasal 'gelang hikmat' tu...




Ni kan pool bahagian depan...besa jugak..walaupun ramai tp tak la sesak...


Ada pasir2..so terasa la mcm mandi kat tepi laut.. bole la main2 pasir...


Bebudak memang la suka... ada swing kat dalam pool ni...


Ada slides... diorang main benda ni mcm tak reti penat turun naik..tapi aku pun rasa mcm nak join..sib baik la utk bebudak jer... abg baju biru tu pun teruja..sorry bang.. terambik gambar (sape suruh pandang belakang..)




Haaa.... ingat tadi aku cite pasal 'Gelang Hikmat'? Nak mandi kat pool ni kene pakai gelang, alaaaa mcm gelang kat Sunway Lagoon tu.. cuma, kalo stay kat hotel sini, diorang akan bagi gelang tu free..tapi aku tak sure berapa dia bagi.. kalo tak de gelang kene beli.. mungkin sebab ramai sangat yg bukan Hotel Guests yg datang sini and mandi so diorang buat rule mcm ni.. dulu seingat aku masa aku datang tak de lak kene pakai/beli gelang tu..

So berapa harga gelang tu? Ermmmm... aku dapat gak captured the price list, cuma tak clear lak sebab kat dalam lift diorang letak the price list. Apa2 pun kalo korang tak clear, call jer the hotel..


*Nanti aku update 1 lagi tempat yg best untuk bercuti kat PD....